About Us

Welcome , Selamat Datang, 

환영합니다~

Kata-kata Aluan dari Director OmmaSón - Amer


Alhamdullillah syukur pada Allah kurniakan kepada kami terutama Pn Faiza(isteri kesayangan
saya dan juga merangkap CEO & founder Faiza.Amer Halal Korean Kitchen) kepakaran dan
passion untuk membuat kimchi dan gochujang hasil perkongsian dari keluarga angkat serta
kawan korea tersayang.

Segala-galanya bermula setelah pulang dari Korea dan kerinduan yang tidak terhingga pada
makanan korea serta suasananya membuatkan cik Faiza mula mempraktikkan ilmu yang dipelajari . Bak kate sifu Tuan Azizan Osman,
'Fast action. Fast result !!'
Mula-mula biasalah buat... apa jadi?? Tak jadi der~~...tapi kami tidak kecewa.
Praktis make perfect beb. Focus!! Bila sudah mula buat, buat betul-betul. Buat the best & buat till the
end...
Terlekat apa yang saya belajar dalam MMM tempoh hari.

Ok. sambung cerita...
Mula-mula buat sedikit sahaja untuk makan sendiri.
Tapi, bila test market measure, tengok ramai pula yang nak.
Tak sangka jugak... eh orang Malaysia makan ya??
Terus kami share pada mereka2 yang nak....
Sehingga suatu hari kami tersedar, datang hidayat dari Allah ketuk pintu hati cakap...
'weh ko rasa-rasa la makanan korea kat Malaysia nih status dia macam mana?halal ke?'
Terus terfikir, tak boleh jadi ni.
Kami dah bertanggungjawab untuk selamatkan ummat dari makan makanan yang tidak halal (Korean masterchef ni mengaku sendiri.. bahawa sebenarnya mereka letak wine sebagai preservatives dalam hampir kesemua pes masakan korea.
Sebab itu lah kebanyakkan restoran Korea tidak dapat halal jakim.
Lagi sedih sebab yang datang makan di kedai tu adalah 90% Muslim. 😢

Jadi dengan kepakaran dan pengalaman kami, Faiza & Amer berada dan menetap di Korea
sebagai student tajaan JPA cukup menjadikan kami arif tentang selok belok tatacara
hidup,budaya,makanan, rasa yang tepat dan paling penting penguasaan kami dalam bahasa
Korea membuatkan kami lebih cekap dalam mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan bagi
setiap pembuatan makanan korea terutama Kimchi, Gochujang dan lain-lain.

Doakan Allah mudahkan urusan kami untuk dapat Halal certificate Jakim untuk kesemua product kami.



Comments

Popular posts from this blog